Aug 20, 2026
VERIFIKASI PENARAFAN BINTANG STANDARD KUALITI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (SKIPS) TAHUN 2026
Sesi Verifikasi Penarafan Bintang SKIPS Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan pada pagi tadi dengan lancar, alhamdulillah.
Sesi ini memberikan peluang yang sangat bermakna kepada pihak sekolah bagi menilai amalan sedia ada, menambah baik pengurusan serta meningkatkan kualiti pendidikan yang disediakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Zabidah binti Muhamad, Ketua Penolong Pengarah, Unit Swasta, JPN Melaka dan pegawai-pegawai dari JPN dan PPD atas sokongan yang berterusan, bimbingan profesional serta maklum balas yang membina.
Segala panduan yang diberikan amat kami hargai dalam membantu kami bergerak maju dengan lebih yakin dan cemerlang.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin demi memberikan pengalaman pendidikan yang terbaik kepada anak-anak di Integrated Islamic School Melaka IILM ????????????
#auditkpm
#integratedislamicschoolmelaka
#iilmschool