WhatsApp Us Now +60196169016

SCHOOLS BULETIN

Home / SCHOOLS BULETIN
Lawatan Verifikasi Pendaftaran Sekolah Swasta

Lawatan Verifikasi Pendaftaran Sekolah Swasta

LAWATAN VERIFIKASI PENDAFTARAN SEKOLAH SWASTA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ????????

Alhamdulillah, selesai dengan lancarnya Lawatan Verifikasi Pendaftaran Sekolah Swasta di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi dua institusi pendidikan kami????????❤️

???? Sekolah Menengah Agama Integrasi Al-Ilmi
???? Sekolah Rendah Agama Integrasi Al-Ilmi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada barisan pegawai Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, yang diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Suriyati binti Yaapar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan Swasta, atas lawatan verifikasi, bimbingan serta pandangan yang diberikan sepanjang proses ini.

Alhamdulillah, sesi verifikasi bagi penubuhan kedua-dua institusi telah berjalan dengan baik dan lancar. Segala dokumen, kemudahan, pengurusan serta keperluan berkaitan dapat disediakan untuk proses semakan dan verifikasi.

Perjalanan membangunkan sebuah institusi pendidikan bukan sekadar menyediakan sebuah sekolah, tetapi membawa bersama amanah besar dalam membentuk generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak.

Terima kasih juga kepada seluruh barisan pengurusan, guru dan staf yang telah bertungkus-lumus membuat persediaan serta memberikan komitmen terbaik bagi memastikan segala keperluan dipenuhi.

Semoga setiap usaha dan langkah ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi titik permulaan kepada perkembangan Al-Ilmi sebagai sebuah institusi pendidikan Islam yang berkualiti, tersusun dan memberi manfaat kepada lebih ramai generasi akan datang.

Alhamdulillah for another milestone????

Membentuk Generasi BERILMU • BERAMAL • BERAKHLAK

#AlIlmi
#SekolahAgamaIntegrasi
#SekolahRendahAgamaIntegrasiAlIlmi
#SekolahMenengahAgamaIntegrasiAlIlmi
#KementerianPendidikanMalaysia
#JPNMelaka
#PendidikanIslam
#IntegratedIslamicEducation


Contact Us Now